Sekolah Kebangsaan Pangi telah dibina pada tahun 1966. Penubuhan sekolah
ini adalah atas kesedaran betapa pentingnya pendidikan dalam kehidupan. Justeru
itu penduduk Kampung Pangi dan Kampung Hampilan telah mencapai kata sepakat dan
berusaha melalui perantara ketua kampung untuk mendirikan sebuah sekolah di
Kampung Pangi yang kininya dikenali sebagai ‘ Sekolah Kebangsaan Pangi’.
Sebagai ketua Kampung Pangi ketika itu, Allahyarham Baibayan Bin Akkah
telah berusaha memohon bagi mendapatkan pembinaan sebuah sekolah di Pangi dan
usaha beliau akhirnya Berjaya membuahkan hasil apabila terbinanya Sekolah
Kebangsaan Pangi. Untuk memastikan kedudukan sekolah strategik dan memudahkan
penduduk sekitar menghantar anak – anak mereka ke sekolah, telah dicadangkan
supaya sekolah ini terletak di antara Kampung Pangi dan Kampung Hampilan. Untuk
menjadikannya sebagai satu kenyataan, Allahyarham Wahab bin Osman telah
bersetuju untuk menyerahkan tanahnya seluas lapan ekar kepada kerajaan( Jabatan
Pelajaran Sabah) sebagai tapak sekolah sehingga ke hari ini.
Sekolah
kebangsaan Pangi terletak 7 km dari pekan Kunak. Bilangan murid pada tahun 1966
hanyalah seramai 62 orang dan mempunyai 2 orang guru sahaja. Jalan perhubungan
utama ke sekolah pada ketika itu hanyalah melalui jalan laut (berperahu). Kini
segalanya sudah berubah, sekolah kebangsaan Pangi sudah boleh dikunjungi melaui
jalan darat dengan menaiki pelbagai jenis kenderaan.
Sudah hampir empat dekad
sekolah kebangsaan Pangi ditubuhkan, dalam usia 40 tahun pelbagai perkembangan
dan peristiwa telah berlaku. Peningkatan muridnya sekarang sudah mencecah angka
537 orang dan kakitangannya pula meningkat seramai 42 orang. Majoriti murid –
murid berasal dari kampung – kampung berhampiran terutamanya dari kampung Pangi,
Kampung Pangi Hujung, Kampung Hampilan, Kampung Kasnuri, Kampung Telaga Tujuh
dan Kampung Sungai Atas.
Comments
Post a Comment